What?

Teddie / 19 / MY . Oh i love waffles. And Totoro too.

Watashi


Mew?


Bahagia?.
Sunday, June 16, 2013 @ Sunday, June 16, 2013 | Leave a comment?

Kata orang, bahagia itu sesuatu yang relatif.
Kalau ada manusia yang berkata, ''Impian aku adalah untuk menjadi seorang yang tidak bahagia.'', aku rasa tempat yang paling relevan baginya adalah Hospital Bahagia.

Kau tahu, dalam berjuta-juta manusia yang ada di muka bumi ini tidak semuanya tahu apa makna bahagia yang sebenar. Ada yang berpendapat bahawa bahagia itu berbeza-beza ertinya bagi setiap homosaphien. Namun ada pula yang berpendapat bahawa istilah bahagia itu tidak pernah wujud dalam hidup. Kau tahu utopia? Mereka beranggapan bahawa bahagia itu utopia. Yang hanya wujud dalam cerita dongeng atau ilusi semata-mata. 

Aneh?
Realiti.

Aku suka jadi si pemerhati --
Dan mengikut pemerhatian aku, ada yang beranggapan bahawa bahagia itu adalah
Sihat selepas sakit.
Kaya selepas miskin.
Pandai selepas bodoh.
Cantik selepas buruk.

Dan selepas menjadi sihat/ kaya/ pandai/ cantik, kebahagiaan itu bukan terletak pada yang aku nyatakan di atas lagi.
In my point of view, these people assumed the true meaning of  'happiness' as something that isn't specific. As a moving target. If you know what I mean. 

Jadi, sebenarnya bahagia itu apa?

Kau tahu, sebenarnya bahagia itu terbahagi kepada dua. Outside and inside. 
Ada orang yang sangat miskin dan hodoh, tapi dia dikelilingi oleh orang-orang yang menyayangi dan menerima dia apa adanya.
Ada pula orang yang sangat kaya dan cantik, tapi dia hanya dikelilingi oleh orang yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Sekarang kau kategorikan mereka sendiri. 

Ada suatu ketika itu, aku terbaca sesuatu yang mendefinisikan aku apa erti bahagia yang sebenar.
-- ''Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.'' Al Ra'du 28.

Senyum.

Rupanya aku ini masih jauh dari mengenal apa itu bahagia yang sebenar. 

p/s : 15/6/2013 - Nurul Maizura binti Maidin Dali; 1995-2013. Alfatihah. 

Assalamualaikum :)

Labels: ,

Back to top
Older Post
Newer Post